Dari Mana Datangnya Tata Bahasa dan Budi Bahasa 

Nilai sopan santun berbahasa ini diturunkan kepada kita oleh orang tua-tua. Sejak kecil ibu bapa mengasuh anak-anak supaya menggunakan perkataan-perkataan sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, atau orang lebih tinggi kedudukannya. Sebagai contoh:

Ibu memberi tahu anak, “”Dia itu pangkat abang pada kamu, panggillah dia Abang Long.”

Orang itu adik bongsu ayah engkau, panggillah beliau Pak Busu.”

”Beliau itu ketua kampung, kita semua memanggilnya Tok Empat.”

”Itu Tuk Imam sampai, engkau jemput Tuk Imam masuk.”

 

Anak-anak yang gagal berbuat begitu akan dipanggil ”tidak berbudi bahasa” malah ada kalanya dikatakan “kurang ajar”.

 

Walau bagaimanapun, sistem panggilan dalam keluarga di kampung itu tidak boleh digunakan di luar keluarga, lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi. Apabila ini dilakukan, maka kita melanggar tatabahasa sosial. Katakanlah kita berada di pejabat kerajaan dan bertemu seorang pegawai wanita yang tidak kenali. Tiba-tiba sahaja kita memanggil dia “Mak Cik” maka perbuatan ini tidak menghormati jawatannya. Kita perlu menghormati dia dengan panggilan Puan.

 

Juga, ada banyak tunjuk ajar dalam bidalan dan pepatah Melayu. Ini semuanya dapat dijadikan pedoman. Berikut adalah beberapa contoh:

 

Bahasa menunjukkan bangsa.
Orang berbudi kita berbahasa.
Sebab mulut badan binasa.
Terlajak perahu boleh undur semula; terlajak kata buruk padahnya.
Bercakap malam dengar-dengar, bercakap siang pandang-pandang

 

Kita sentiasa diingatkan bahawa dalam bercakap kita perlu memberi perhatian kepada banyak unsur-unsur budaya. Perlakuan beginilah yang dipanggil budi bahasa. Seterusnya budi bahasa menjaga penghormatan, sopan santun suaya tidak tersinggung.

 

Contoh: Komunikasi lisan yang betul tata bahasa dan salah budi bahasa.

 

Kerani: Kamu boleh masukkan borang yang sudah disain ke dalam kotak itu.(memuncung bibir ke arah kotak yang ditunjukkan, dengan muka masam.)

Komunikasi lisan yang betul tata bahasa dan budi bahasanya

Kerani: Sila Puan masukkan borang yang lengkap dan sudah ditandatangani itu ke dalam sampul surat ini (sambil menunjukkan sampul surat dengan ibu jari.) dan sila masukkan sampul surat ini ke dalam kotak di sana (sambil menunjuk dengan jari ibu menunjukkan ke kotak, dengan muka manis, tidak perlu senyum.)

Sumber: Facebook Bahasa Melayu Tinggi (Silalah sertai kumpulan ini)

Soalan:

1. Bincangkan tujuan kemahiran menulis.

2. Huraikan tujuan kemahiran membaca.

Masa menjawab: 8.00pm – 9.00pm

 

Ramai yang meminta kata laluan untuk mengakses nota/bahan Literasi Bahasa (WAJ3104) dan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101).

Sila gunakan kata laluan berikut:

 

Baca seterusnya… »

Nota ini ditulis oleh  Tuan Haji Mohd Isa Abdul Razak.

Dalam buku Ilmu Mengarang Melayu, Za‘ba menjelaskan, “Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya – dipakai akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran.” Za‘ba mengatakan ada dua golongan peribahasa. Pertama, peribahasa yang bererti selapis; dan kedua, peribahasa yang bermakna dua lapis. “Pagar makan padi” ialah peribahasa yang bermakna dua lapis.

Baca seterusnya… »

Sila muat turun nota/bahan/tugasan/tutorial berkaitan kursus BMM3101.

KLIK SINI

Kata kunci diperlukan. Jika terlupa atau mahukan kata kunci sila e-mel saya.

Klik SINI untuk muat turun.

Klik SINI untuk muat turun.

Sila muat turun nota/bahan/tugasan/tutorial berkaitan kursus WAJ3104.

KLIK SINI

Kata kunci diperlukan. Jika terlupa atau mahukan kata kunci sila e-mel saya.

WAJ3104: Boneka

26 Feb 2012 Tentang: Literasi Bahasa Melayu

Aktiviti menggunakan boneka.

Ibu

23 Feb 2012 Tentang: Bahasa, Sastera & Budaya

Bersyukurlah jika ibu masih ada menemani perjalanan hidup kita ketika ini. Beruntunglah kita kerana masih mempunyai doa dan restu seorang ibu. Kelak apabila ibu sudah tiada, maka hilanglah satu rahmat hidup, iaitu doa restu seorang ibu. Sayangilah ibu; selagi ibu ada dan juga sesudah ibu tiada.

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Blog pembelajaran Bahasa Melayu IPG


Tabung

Kamus Dewan

Kamus Bahasa Indonesia

RSS Mentor-Mentee

Bahan

Lihat koleksi bahan saya di  

Panduan Umum Ejaan BM

Blog Bahasa Melayu STPM

Penulisan Saya

Bab dalam buku:
Penerbit : Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) Tahun : 2010
Tajuk Bab : Iklan Dalam Talian (IDT) Nokia dalam P&P Kelas Bahasa Melayu
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) & Universiti Sains Malaysia (USM)
Tahun : 2009
Tajuk Bab : Okulesik Seorang Isteri dan Ibu
Penerbit : Rancangan Penubuhan Linguis Asean
Tahun : 2007
Tajuk Bab : Metafora dalam Pengucapan PM Malaysia: Satu Analisis Semantik Kognitif

Pujangga

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

A.Samad Said
Benih Harapan
1973

Capaian IPGKDA



Santai

Pelawat